Tips Penjagaan Semua Jenis Tudung

Penjagaan tudung yang betul amatlah penting. Kerana dengan adanya tudung yang cantik dan berada dalam keadaan yang kemas membuatkan si pemakai juga mudah mengayakannya. Antara tips yang dapat dikongsikan ialah :

                   

  1. Tudung hendaklah dicuci dengan menggunakan tangan. Gunakan cecair pelembut sebagai bahan pencuci. Caranya, tudung hendaklah dicelupkan beberapa kali kemudian gosokkan tudung tersebut dengan perlahan-lahan.
  2. Elakkan mencuci tudung dengan pakaian yang lain. (basuh berasingan).
  3. Tudung yang hendak dicuci boleh direndamkan tetapi elakkan merendam terlalu lama kerana ini boleh menyebabkan kerosakan tekstur tudung tersebut.
  4. Jangan jemur tudung di bawah matahari yang terik, sebaliknya tudung tersebut hanya perlu dianginkan sahaja sehingga kering.
  5. Menyidai tudung juga ada caranya iaitu dengan menggunakan penyepit pada bahagian hujung dan biarkan ia bergantung ke bawah.
  6. Jika tudung anda mempunyai sulaman, gosoklah bahagian sulam tersebut dari bahagian dalam tudung.
  7.  Hendak diingatkan bahawa janganlah memakai tudung ketika rambut kita berada dalam keadaan basah kerana ia boleh menyebabkan tudung akan menjadi lembap dan tidak bersih.
  8. Tudung yang disimpan hendaklah dilipat atau digantung dengan cara lipatan yang betul agar ia tidak merosakan bentuk serta tekstur kain tudung tersebut.

Selamat mencuba..!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *